SAHABAT.....
ku nukilkan bait-bait puisi,
ku lakarkan potret bahasa hati,
lantas kuhiasi di balik tirai naluri,
agar kau mengerti,
hidup ini tak pernah sepi dengan kehadiran sahabat sejati.

SAHABAT.....
hidup ini tak perlu dikorbankan pada yang tak memahami,
kelak memakan diri,
namun perlu kau tadahkan pada yang membenci,
kelak kau kenal erti kesabaran diri,
hidup ini perlu dinikmati oleh insan yang tahu,
erti syukur pada ilahi,
hidup ini terlalu penuh mehnah yang bertali-tali,
kerana ini pertaruhan makhluk yang hidup pada kurun pengkhianatan zaman,
yang dicipta oleh tangan insani,
lantas terlalu perit menilai yang fana dan abadi,
tanpa iman langkah mungkin terhenti,
derita sedia menanti,
tangisan kesal di hujung dengupan nadi,
nafsu membelenggu diri,
terkapai-kapai mencari nur suci,
bertarung antara darjat mulia dan keji,
keliru mencari kunci-kunci taman firdausi,
lantas terjerat antara kutukan penduduk langit dan pujian makhluk bumi.

AYUH kita mulakan langkah,
walau cabaran perlu dilalui,
kita damparkan seluruh jiwa pada diinul hakiki,
menuju daerah usang ahli sufi,
mencari makna bahagia yang terlah lama menyepi,
di daratan muslihat duniawi,
moga berjayalah kita bergelar hamba yang mencari jalan pulang ke pangkuan ilahi,
di sujud terakhirku,
munajat hamba ku panjatkan,
moga husnul khatimah pengakhiran segala penantian,

BUAT INSAN YANG BERGELAR ....
HAMBA MU RABBI..........


0 comments:

Post a Comment