Dengan ni kami mengucapkan SELAMAT BERTUNANG kepada ANIS SYUHADA dan terima kasih banyak-banyak kerana menjemput kami menghadiri majlis pertunangan kamu.Kami mendoakan semoga Anis terus ke jinjang pelamin dan moga diberkati Allah S.W.T...

AMIN.....







Assalamualaikum....

Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini dan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Jika saya ada tersalah bahasa, terlanjur kata dan apa jua jenis kesalahan, saya memohon kemaafan. Semoga kita kembali kepada fitrah manusia yang baik-baik bersempena dengan hari raya fitrah ini seperti bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Kita berjumpa lagi selepas hari raya nanti. Lupakan kerja dahulu dan ambillah peluang dan masa yang ada untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Hari raya lah antara hari yang sesuai untuk bertemu dengan mereka yang amat jarang kita bersua muka.

Selamat bergembira bersama keluarga tersayang.

wassalam...


ALHAMDULILLAH, kita sekali lagi dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadan kali ini. Semoga ia benar-benar menjadi gerbang ketakwaan bagi kita semua. Dalam ruangan ini, kita masih dalam usaha meluruskan fahaman terhadap kedudukan Nabi SAW yang tetap sebagai makhluk walaupun dikurniakan pelbagai keistimewaan oleh al-Khaliq SWT. Perlu diingat bahawa pengisian ilmu dan kefahaman adalah juga termasuk bentuk ibadah yang utama sama ada di bulan Ramadan atau selainnya.

Ramai manusia yang tersilap dalam memahami beberapa perkara yang menjadi persamaan di antara hak Khaliq dan hak makhluk. Mereka menyangka bahawa dengan menisbahkan atau menyandarkan hak Allah kepada makhluk merupakan perbuatan syirik.

Antara perkara yang menimbulkan permasalahan ini ialah sebahagian daripada khususiatNabi SAW (Keistimewaan yang Allah kurniakan kepada Rasulullah SAW sahaja) yang tidak difahami dengan sebenar-benarnya.

Mereka menganggap bahawa menyifatkan Nabi SAW dengan sifat-sifat istimewa yang dikurniakan oleh Allah tersebut bermakna menisbahkan Baginda SAW dengan sifat-sifat ketuhanan.

Ini jelas merupakan suatu kejahilan kerana Allah SWT Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berhak memberikan apa saja kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya, tanpa ada yang mewajibkan atau memaksa-Nya. Dia juga berhak mengurniakan dan memuliakan sesiapa sahaja yang hendak diberikan kemuliaan, dinaikkan kedudukan dan dizahirkan kelebihannya atas manusia yang lain. Ini bukan merupakan pencabutan atau pencabulan hak-hak Allah SWT sebagai pentadbir alam dan juga sifat-sifat-Nya sebagai Tuhan Yang disembah. Hak-hak Allah dan sifat-sifat-Nya tersebut tetap terpelihara sesuai dengan maqam-Nya.

Apabila seseorang makhluk itu mempunyai sifat-sifat istimewa tersebut, maka sifat-sifat itu hanya sekadar yang bersesuaian dengan kemanusiaannya yang diciptakan terbatas dan diperolehi dengan izin, kurniaan dan kehendak-Nya. Bukan dengan kekuatan makhluk ataupun pentadbiran atau perintahnya kerana makhluk itu lemah dan tidak berkuasa memberi manfaat dan menolak kemudaratan daripada dirinya sendiri, begitu juga mematikan atau menghidupkan. Telah berapa banyak keistimewaan yang menunjukkan bahawa ia adalah hak Allah, tetapi Dia berkenan mengurniakan kepada Nabi-Nya, Muhammad SAW dan nabi-nabi yang lain. Dalam pada itu, tidaklah diangkat darjat mereka hingga sampai ke maqam ketuhanan atau menjadi sekutu Allah.
salam ramadhan sekali lagi....




SAHABAT.....
ku nukilkan bait-bait puisi,
ku lakarkan potret bahasa hati,
lantas kuhiasi di balik tirai naluri,
agar kau mengerti,
hidup ini tak pernah sepi dengan kehadiran sahabat sejati.

SAHABAT.....
hidup ini tak perlu dikorbankan pada yang tak memahami,
kelak memakan diri,
namun perlu kau tadahkan pada yang membenci,
kelak kau kenal erti kesabaran diri,
hidup ini perlu dinikmati oleh insan yang tahu,
erti syukur pada ilahi,
hidup ini terlalu penuh mehnah yang bertali-tali,
kerana ini pertaruhan makhluk yang hidup pada kurun pengkhianatan zaman,
yang dicipta oleh tangan insani,
lantas terlalu perit menilai yang fana dan abadi,
tanpa iman langkah mungkin terhenti,
derita sedia menanti,
tangisan kesal di hujung dengupan nadi,
nafsu membelenggu diri,
terkapai-kapai mencari nur suci,
bertarung antara darjat mulia dan keji,
keliru mencari kunci-kunci taman firdausi,
lantas terjerat antara kutukan penduduk langit dan pujian makhluk bumi.

AYUH kita mulakan langkah,
walau cabaran perlu dilalui,
kita damparkan seluruh jiwa pada diinul hakiki,
menuju daerah usang ahli sufi,
mencari makna bahagia yang terlah lama menyepi,
di daratan muslihat duniawi,
moga berjayalah kita bergelar hamba yang mencari jalan pulang ke pangkuan ilahi,
di sujud terakhirku,
munajat hamba ku panjatkan,
moga husnul khatimah pengakhiran segala penantian,

BUAT INSAN YANG BERGELAR ....
HAMBA MU RABBI..........



have a great day everybody =)
salam buat semua.
hari ini saya berjalan jalan bersama rakan sekelas dahulu yang bernama meena. perkenalan bermula di tingkatan tiga di sebuah sekolah bernama almaad. berapa tahun perkenalan kitaorg? sila kira jika pandai matematik... =)

disebabkan masing2 sudah melanjutkan pelajaran ke peringkat ipt. kitaorg dah lama dah x jumpa. agak setahun lebey. jadi, hari ni 26 May 2010 adalah tarikah keramat pertemuan dua insan kembali... {ayat leh tahan kan}...

pagi meena jemput nabilah di rumah yang terletak di Jejawi {tempat HPA ni ..} ..selepas tu pergi ker bank islam ada urusan.. pastu Am bank.. { ..jgn jeles kitaorg byk bank..duit ada ke tak tu rahsia }.. pastu meena p beli butang baju dekat kedai jahit utk maknya..

agak penat pusing..pergh panaih aih.. kitaorg pun ape lagi p makan la..
pekena dekat restoran Sawadi.. yang makanannya agak ok la.. mula kitaorg ni mcm first customer sbb x de org.. tapi lepas duduk je x sempat nk panas... ramai pulak keta masuk. kira dari awal mkn sampai akhir mkn ada jer org masuk keluar... tu nama kitaorg bawa langkah kanan kot..eheh rezeki utk tuan restoran..
lepas dari tu kitaorg p rumah tok meena di kangar jg. p sembahyang dok rehat then kuar p kedai beli selipar ku yang putus tiba2... huhu ...lepas tu kitaorg p kedai cenderahati... ada nk beli hadiah buat guru yang telah mengajar ku. alhamdulillah jumpa hadiah yang bekenan di hati.
sementara nak lintas terjumpa sorang mak cik tua ni ..sian dia nk lintas.. kitaorg anta dia pulang singgah di rumah. mak cik ni dok sorang2 dkt umah.. sebak tgk.. =( apa2 pun selamt mak cik tu sampai..tak payah dia jalan atau naik teksi dah kan..

selepas dari tu.. singgahumah tok meena kembali kerana dia sakit perut. rilek 2..3...10 minit kitaorg gerak p sakan. hehe beli tak de la sakan sngt pun.
saya pun menelefon mak utk mintak kebenaran tidur di rumah meena.
dan sekarang sy berada di rumanya...
..alhamdulillah perjalanan sehari kitaorg berjalan lancar, kitaorg jg dpt parking yang agak bagus. rezeki kan. tambah cik meena ni bawa agak gans. break tak ketahuan hohohoh.
apa2 pun thanks meena dpt kuar sama2 =)

tu jer utk kali ini... harap korang kekalkan hubunganngn rakan2 korang dari sekolah,tadika mahupun kolej kerana hubungan persahabatan amatlah penting. ia jg mestilah diperkuatkan dgn keikhlasan dan kejujuran . =)

Ingin saya berkongsi dengan anda semua tentang kisah yang sangat menarik . Semoga ianya memberikan peringatan kepada kita semua.


Kasih ibu membawa ke syurga...



Baca dan ambillah iktibar dari kisah ini.

Kisah Di Sebalik Ungkapan “Tak ada apa-apa”

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. “Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,”katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.



Saya pohon padanya, “Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?” Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini.” Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,”Tak ada apa-apa”. Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam tangannya erat-erat, “Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau.” Airmata sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?”Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali.



Akhirnya dia bersuara. “Sabri ada satu kisah yang mam asusah nak lupakan dan sesakali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.” Saya terkedu. Mama menyambung, “Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?” Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa.”


Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, “Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama ras Sabri kan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!” Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang.” Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalamn saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.


Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya.” Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon.”Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.” Suara ellaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selama ini.


“Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata ‘órang tua bodoh. Tak ada otak’” Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, “Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak ker? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!” Akhirnya dosa si anak diampunkan.


Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan ‘tak ada apa-apa’ dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan ‘apa-apa’ yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.”… dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya.” An-Nisa’:36


Saya ingin menyeru sekali lagi kepada anda semua. Marilah kita sama-sama merenung dan berfikir sejenak. Selama ini, adakah kita pernah berkasar bahasa dengan ibu, ummi, mama, mum atau mak kita???

Pernah tak kita melawan cakap mak kita?? Pernah atau tidak kita meninggikan suara dengan ibu kita?? Ada atau tidak kelakukan, perangai, tingkah laku kita sehingga menyebabkan air mata ibu kita mengalir??


Wahai sahabat semua, ingatlah bahawa “REDHA ALLAH ke atas kita adalah terletak pada REDHA IBU BAPA kita kepada kita“.




Kalau mak ayah kita terasa hati, kecewa dan tidak redha dengan kita, bagaimana mungkin kita boleh selamat di akhirat nanti? Jangan kata akhirat, di dunia ini lagi hidup kita tidak akan mendapat keberkatan.


Jadi, marilah kita sama-sama menginsafi diri. Kalau kita ada buat salah, bersikap kurang ajar atau menyakiti hati orang tua kita, bersegeralah memohon ampun maaf dari mereka selagi hayat mereka masih dikandung badan.


Marilah kita ubah sikap, tingkah laku dan perangai buruk kita mulai dari sekarang. Marilah kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh, menghormati, dan beradab sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa kita. Sentiasa lah patuh pada mereka, merendah diri dan melayani mereka dengan sebaik mungkin.

Semoga saya dan sahabat-sahabat semua akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Kepada yang sudah kehilangan ibu dan ayah, panjatkanlah doa buat mereka. Minta pada Allah supaya mengampunkan dosa dan merahmati mereka. Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh, akan diterima oleh Allah sebagai amalan soleh dan pahala bagi amalan ini dapat membantu ibu bapa kita di alam sana insyaAllah.






Senyuman manismu, tersirat satu erti yang engkau tidak tahu maknanya. Tafsiran yang berbilang ada pada insan yang memandangnya.


Senyuman yang lahir daripada keihlasan di lubuk hati adalah manisnya senyuman yang paling bermakna.


Pada senyuman manismu ada makna yang tidak terucap dalam bicara, yang tidak terungkap dalam madah indah.


Senyuman manismu, tetaplah kau ukir, kerana kau tidak tahu insan manakah yang akan senang dengannya…


…dan aku tertanya-tanya apakah yang akan menjadikan senyuman manismu itu terus kekal mekar…
Nabi Musa Alaihissalam telah diperintahkan oleh ALLAH S.W.T supaya pergi ke Bukit Sina untuk menerima wahyu.Semasa pemergian Nabi Musa,segala urusan telah diserahkan kepada saudaranya Nabi Harun A.S.Pemergian Nabi Musa mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam.
Ketiadaan Nabi Musa A.S telah menggembirakan seorang musuh dalam selimut bernama Samiri.Dia telah memunafaat masa ini untuk menyesatkan kaum nabi Musa yang selama ini telah bersusah payah membentuk dan memberi keimanan kepada mereka.Sewaktu Nabi Musa menyeberangi Laut Merah setelah pulang dari Mesir,kaki kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah tenggelam dalam pasir di tengah lautan kering itu.Dengan segala usaha yang dilakukan oleh nabi musa,kuda yang ditungganginya tetap tidak mahu meneruskan perjalanan untuk menyeberangi laut merah.
Kerana itu ALLAH telah mengutuskan malaikat Jibrail dengan menunggang kuda betina.Melihat lawan sejenisnya kuda yang ditunggangi oleh malaikat Jibrail.Samiri telah mengambil segenggam pasir bekas tapak kaki kuda yang ditunggangi oleh Jibrail dan simpanannya untuk dijadikan azimat.
Apabila tiba Musa yang sesuai iaitu semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit Sina,Sami membuat patung seekor lembu daripada emas murni.Setelah siap,patung itu disisinya dengan pasir yang diambil dari bekas tapak kaki Jibrail.Dalam waktu yang singkat sahaja patung lembu tersebut dapat mengeluarkan suara.Melihat keadaan tersebut,umat Nabi Musa dengan berduyun-duyun datang kepada Saamiri.Samiri memimpin mereka menyembah patung lembu yang menakjubkan itu.
Nabi Harun sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala,lalu berusaha mencegah umatnya daripada terus syirik kepada Allah.Bahkan umatnya mengancam Nabi Harun untuk membunuhnya jika Nabi Harun terus melarang mereka terus menyembah patung lembu tersebut.Nabi Harun tidak dapat berbuat apa-apa untuk melarang mereka daripada terus menyembah patung lembu tersebut.Setelah kembali daripada Bukit Sina,Nabi Musa sangat marah kepada umatnya telah murtad.
Nabi Harun telah dipersalahkan dalam hal ini.Dalam keadaan yang marah yang tidak dapat dikawal Nabi Musa telah menarik janggut Nabi Harun menyebabkan janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar menjadi putih.Manakala janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa kekal berwarna hitam.Sejak itu janggut Nabi Harun mempunyai dua warna iaitu PUTIH dan HITAM...

Kita baru saja melangkah masuk ke bulan Rabiul-awal. Setiap kali bulan Rabiul-awal terutama pada 12 haribulan, kita mengadakan majlis perayaan Maulid Nabi.

Amalan sambutan Maulidur Rasul itu dianggap baik dan sunat oleh kebanyakan ulama, maka ramai yang melakukannya atau menyertai majlis sambutan tersebut. Ini adalah kerana mereka ingin mendapat pahala dan keberkatan daripada amalan itu. Banyak pendapat ulama besar dan muktabar menggalakkannya kerana ia tidak salah jika ditinjau dalam masalah ini.


Dalam hal ini Imam As-Sayuti mengatakan amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya kerana bertujuan melahirkan kebesaran Junjungan Nabi kita s.a.w. Begitu juga Syaikhul Islam Sayid Dahlan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Imam Subki pernah membaca nasyid yang memuji kebesaran Nabi s.a.w sambil bangun berdiri.

Syeikh Abu Syamah guru kepada Imam Nawawi amalan sambutan maulid itu adalah sebaik-baik bidaah pada masa ini dengan mengadakan jamuan untuk orang ramai di samping dapat melahirkan perasaan kasih sayang terhadap baginda Rasulullah.

Mereka yang melakukan perbuatan tersebut juga sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah terhadap utusan rahmat-Nya yang telah diutuskan kepada umat manusia seluruhnya. Menurut kata Al-hafiz Ibnu Hajar Asqalani amalan tersebut ada asasnya dalam sahihain (Bukhari Muslim).

Amat dikesali mereka yang tidak dapat memahami asas tersebut sehingga ulama besar Syaikh Hasan Basri pernah berkata, kalau saya ada memiliki emas seperti Bukit Uhud pasti aku ingin belanjakannya untuk membaca sejarah peristiwa kelahiran Rasulullah.

Satu lagi peristiwa sejarah yang tercatat tidak boleh dilupakan begitu sahaja, bahawa Abu Lahab pernah dihargai kerana membebaskan hambanya Thuwaibah lantaran terlalu gembira mendengar berita kelahiran Muhammad yang disampaikan kepadanya oleh Thuwaibah.

Abu Lahab juga telah buat kenduri dengan menyembelih beberapa ekor unta kerana kegembiraannya atas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Lantaran itu, Abu Lahab telah mendapat keringanan daripada azabnya dan diberinya minum air yang keluar daripada jarinya pada hari tersebut. Peristiwa tersebut diceritakan sendiri oleh bapa saudara Nabi iaitu Al-Abbas.

Jadi alangkah ruginya umat Islam yang menolak amalan perayaan tersebut kerana Abu Lahab jelas bukan Islam tetapi masih juga mendapat penghargaan dari Tuhannya kerana memuliakan hari kelahiran pemimpin umat manusia Nabi Muhammad saw.

WALLAHUALAM.......

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,


Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,


Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau

"Diam-diam tong kosong"

atau

"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"





Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah
memikirkan kesalahan orang
.