Kita baru saja melangkah masuk ke bulan Rabiul-awal. Setiap kali bulan Rabiul-awal terutama pada 12 haribulan, kita mengadakan majlis perayaan Maulid Nabi.

Amalan sambutan Maulidur Rasul itu dianggap baik dan sunat oleh kebanyakan ulama, maka ramai yang melakukannya atau menyertai majlis sambutan tersebut. Ini adalah kerana mereka ingin mendapat pahala dan keberkatan daripada amalan itu. Banyak pendapat ulama besar dan muktabar menggalakkannya kerana ia tidak salah jika ditinjau dalam masalah ini.


Dalam hal ini Imam As-Sayuti mengatakan amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya kerana bertujuan melahirkan kebesaran Junjungan Nabi kita s.a.w. Begitu juga Syaikhul Islam Sayid Dahlan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Imam Subki pernah membaca nasyid yang memuji kebesaran Nabi s.a.w sambil bangun berdiri.

Syeikh Abu Syamah guru kepada Imam Nawawi amalan sambutan maulid itu adalah sebaik-baik bidaah pada masa ini dengan mengadakan jamuan untuk orang ramai di samping dapat melahirkan perasaan kasih sayang terhadap baginda Rasulullah.

Mereka yang melakukan perbuatan tersebut juga sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah terhadap utusan rahmat-Nya yang telah diutuskan kepada umat manusia seluruhnya. Menurut kata Al-hafiz Ibnu Hajar Asqalani amalan tersebut ada asasnya dalam sahihain (Bukhari Muslim).

Amat dikesali mereka yang tidak dapat memahami asas tersebut sehingga ulama besar Syaikh Hasan Basri pernah berkata, kalau saya ada memiliki emas seperti Bukit Uhud pasti aku ingin belanjakannya untuk membaca sejarah peristiwa kelahiran Rasulullah.

Satu lagi peristiwa sejarah yang tercatat tidak boleh dilupakan begitu sahaja, bahawa Abu Lahab pernah dihargai kerana membebaskan hambanya Thuwaibah lantaran terlalu gembira mendengar berita kelahiran Muhammad yang disampaikan kepadanya oleh Thuwaibah.

Abu Lahab juga telah buat kenduri dengan menyembelih beberapa ekor unta kerana kegembiraannya atas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Lantaran itu, Abu Lahab telah mendapat keringanan daripada azabnya dan diberinya minum air yang keluar daripada jarinya pada hari tersebut. Peristiwa tersebut diceritakan sendiri oleh bapa saudara Nabi iaitu Al-Abbas.

Jadi alangkah ruginya umat Islam yang menolak amalan perayaan tersebut kerana Abu Lahab jelas bukan Islam tetapi masih juga mendapat penghargaan dari Tuhannya kerana memuliakan hari kelahiran pemimpin umat manusia Nabi Muhammad saw.

WALLAHUALAM.......

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,


Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,


Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau

"Diam-diam tong kosong"

atau

"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"





Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah
memikirkan kesalahan orang
.






Prog "Lets Discuss!" Anjuran Biro Akademik

Sertai "Lets Discuss" sebuah aktiviti ilmiyah, membincangkan isu2 semasa dibawah perspektif mahasiswa. Kelas pembentangan, kajian dan perbincangan ke arah menemukan natujah ilmiyah yang lebih efektif dalam pelbagai isu!
Modul:
-Apabila anda mendaftarkan diri secara outomatik anda telah menjadi pelajar CEP dan nama anda akan diletakkan dalam kumpulan.
-Moderator akan menghbungi ketua kump bagi memberi tajuk2 hangat untuk di bincangkan serta anda dikehendaki membuat kajian kertas kerja ringkas berkenaan dengan tajuk yang diberi untuk dibentangkan dihadapan peserta2 lain
-Setelah kertas kerja diserahkan pada moderator kump anda akan diberi giliran untuk pembentangan
-Sesi soal jawab akan dilakukan selepas tamat kumpulan anda membentangkan hujah2 berkenaan tajuk yang diberikan.
-pada bulan seterusnya, pedebatan antara kump akan diadakan!
Bersedia dengan minda yang hebat dan berkualiti ! pasti anda berpeluang menjadi pelajar terpilih!
Terbuka buat semua mahasiswa Insaniah!
Sertai dan anda berpeluang terpilih untuk :
-Student of the month
-Best CEP group
-Penerbangan bersama biro Akademik ke Cina!
Jom sertai! Tuition n Training dalam prog Lets Discuss bermula selepas Raya Tahun Baru Cina.

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi atau pendaftaran:
-0135948619-
Pengerusi BAKA(Biro Akademik)
Abdullah Umayr

-0196515138-
Timb Pengerusi BAKA (Biro Akademik)
Ustazah Anisah