Ramadhan muncul kembali setelah genap setahun kita meninggalkannya. Adakah dengan kedatangannya disambut dengan penuh kegembiraan atau sebaliknya?

Orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah menantikan kedatangan Ramadhan dengan penuh harapan dan kegembiraan apabila mengigatkan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain. Ada juga segelintir umat islam yang berasa resah kerana tidak dapat lagi menjamu selera seperti bulan-bulan sebelumnya. Bagi sesetengah orang pula,Ramadhan adalah bulan rezeki bagi peniaga makanan di bazar Ramadhan.Bagi yang berpuasa pula adalah satu nikmat ketika menikmati pelbagai juadah berbuka yang lazat.

Apapun persepsi kita terhadap Ramadhan,ia bukanlah bulan yang asing bagi setiap umat Islam dan bulan ini memang ditunggu kedatangannya bagi mereka yang beriman dan bertaqwa.

firman ALLAH : "hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu , agar kamu bertaqwa ".

(*albaqarah : 183)

0 comments:

Post a Comment