Kita baru saja melangkah masuk ke bulan Rabiul-awal. Setiap kali bulan Rabiul-awal terutama pada 12 haribulan, kita mengadakan majlis perayaan Maulid Nabi.

Amalan sambutan Maulidur Rasul itu dianggap baik dan sunat oleh kebanyakan ulama, maka ramai yang melakukannya atau menyertai majlis sambutan tersebut. Ini adalah kerana mereka ingin mendapat pahala dan keberkatan daripada amalan itu. Banyak pendapat ulama besar dan muktabar menggalakkannya kerana ia tidak salah jika ditinjau dalam masalah ini.


Dalam hal ini Imam As-Sayuti mengatakan amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya kerana bertujuan melahirkan kebesaran Junjungan Nabi kita s.a.w. Begitu juga Syaikhul Islam Sayid Dahlan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Imam Subki pernah membaca nasyid yang memuji kebesaran Nabi s.a.w sambil bangun berdiri.

Syeikh Abu Syamah guru kepada Imam Nawawi amalan sambutan maulid itu adalah sebaik-baik bidaah pada masa ini dengan mengadakan jamuan untuk orang ramai di samping dapat melahirkan perasaan kasih sayang terhadap baginda Rasulullah.

Mereka yang melakukan perbuatan tersebut juga sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah terhadap utusan rahmat-Nya yang telah diutuskan kepada umat manusia seluruhnya. Menurut kata Al-hafiz Ibnu Hajar Asqalani amalan tersebut ada asasnya dalam sahihain (Bukhari Muslim).

Amat dikesali mereka yang tidak dapat memahami asas tersebut sehingga ulama besar Syaikh Hasan Basri pernah berkata, kalau saya ada memiliki emas seperti Bukit Uhud pasti aku ingin belanjakannya untuk membaca sejarah peristiwa kelahiran Rasulullah.

Satu lagi peristiwa sejarah yang tercatat tidak boleh dilupakan begitu sahaja, bahawa Abu Lahab pernah dihargai kerana membebaskan hambanya Thuwaibah lantaran terlalu gembira mendengar berita kelahiran Muhammad yang disampaikan kepadanya oleh Thuwaibah.

Abu Lahab juga telah buat kenduri dengan menyembelih beberapa ekor unta kerana kegembiraannya atas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Lantaran itu, Abu Lahab telah mendapat keringanan daripada azabnya dan diberinya minum air yang keluar daripada jarinya pada hari tersebut. Peristiwa tersebut diceritakan sendiri oleh bapa saudara Nabi iaitu Al-Abbas.

Jadi alangkah ruginya umat Islam yang menolak amalan perayaan tersebut kerana Abu Lahab jelas bukan Islam tetapi masih juga mendapat penghargaan dari Tuhannya kerana memuliakan hari kelahiran pemimpin umat manusia Nabi Muhammad saw.

WALLAHUALAM.......

0 comments:

Post a Comment